Biar kita sibuk mencari keimanan,
Jika orang sibuk mencari pasangan,
Biar kita sibuk mencari keredaan,
Jika orang menangis kerana kecewa cinta,
Biar kita menangis kerana mengenang dosa-dosa,
Jika orang mencintai manusia,
Biar kita mencintai allah,
Jika orang sibuk mengejar dunia,
Biar kita sibuk mengejar dunia dan akhirat,
Jika orang terlalai dengan hiburan maksiat,
Biar kita terhibur dengan kalam allah,
Jika orang memilih jalan yang bengkang-bengkok,
Biar kita memilih jalan yang lurus,
Jika orang saling berbunuhan,
Biar kita saling berdamai,
Jika orang mencari harta,
Biar kita mencari pahala,
Jika orang sanggup menipu,
Biar kita sentiasa jujur,
Jika orang takut tinggalkan dunia,
Biar kita takut tinggalkan syurga,
Jika orang cepat putus asa,
Biar kita tetap teguh rasa,
Jika orang berhati resah,
Biar kita berhati tenang,
Jika orang mati dalam maksiat,
Biar kita mati dalam jihad
Jika orang takut ke depan,
Biar kita memimpin ke hadapan.
No comments:
Post a Comment